Thursday, 1 January 2009

Genap Setahun di sini




Persiapan

1.1.2008 adalah tarikh yang penting dalam hidup penulis bila inilah kali pertama menjejaki bumi UK. Sebelum berlepas dari KLIA jam 11.30 malam 31 Disember 2007, kami bertolak dari Kampung Sungai Hj Dorani, Sungai Besar jam 10 pagi sehari sebelum berlepas. Ini untuk membuat semakan terakhir sebelum berlepas. Dengan menumpang bermalam dirumah Abang Amin @ KAk Ai' di Seksyen 8, penulis yang sudah kepenatan kerana sedang menentang demam yang dihidapi kerana kepenatan berpindah dari Seri Iskandar ke Sungai Besar. Doktor Hospital Sabak Bernam mengambil sampel darah keranan dikhuatiri demam denggi. Namun allhamdulillah tidak benar bahkan lebih kepada tidak cukup rehat. Jadi segala persiapan packing baju dibuat oleh isteri penulis dalam tiga buah beg besar.




Senarai Semak
Setelah menyempurnakan senarai semak terakhir iaitu membuat International Driving Permit (IDP) di Padang Jawa untuk isteri penulis. IDP sepatutnya tidak perlu untuk pelajar Malaysia di UK cukup lesen memandu Malaysia sahaja. Tapi tak apalah. Kemudian membeli pound sterling di Shah Alam Mall sebanyak £1,500 dengan tukaran wang ringgit Malaysia sebanyak RM 10,000. Sempat juga menjelaskan wang pendahulan sewa rumah di UK melalui akaun kawan penulis disini iaitu Saudara Md Yusof Hamid. Wang sebanyak £200 dimasukkan ke akaun Maybank isteri beliau di Maybank Sekyen 20 juga untuk membeli duvet yang bantal yang memang cuaca disini sedang peak winternya. Saudara Awie juga kerap menelefon untuk memperingati beberapa keperluan yang perlu dibawa.



Host
Host kami sekeluarga ialah Saudara Awie atau Fadlui Mekanik. Beliau salah seorang AJK Perumahan MCCH 0708 bersma Md Yusof. Jadi kebetulan isteri Yusof yang baru sahaja melahir kan anak ketiga mereka maka kesibukan menguruskannya menyebab penulis faham kesibukannya. Bersalin di UK tidak seperti di Kampung Malaysia, ada orang tua dan mak bapa yang menolong membantu. Disini kena buat sendiri lah. Jadi tugasan host hari pertama dan ketibaan kami sekeluarga disambut oleh Awie sekeluarga. Kami Tiba jam 1.00 tengah hari di rumah mereka di 24, Sedgley Road, Crumpsall. Dengan menu nasi ayam special yang sudah sehari semalam kelaparan masakan Malaysia akbiat bertahan makan di atas flight KLM.




Flight
Flight kami dari KLIA jam 11.30 adalah bersaing dengan penerbangan Pn. Hjh Anis Sazira Bakri bersama MAS. Beliau belepas setengah jam lepas kami berlepas. Jadi kami sempat berjumpa di KLIA. Beliau bersama suami dan tiga orang anak kembali berjumpa kami di Airport Armsterdam, Netherland jam 3.30 pagi waktu tempatan. Setelah bersolat subuh di airport, kami menyambung penerbangan ke Manchester jam 10 pagi. Juga denga pesawat KLM kami sampai di Manchester jam 11.00 pagi. Penulis sekeluarag orang terakhir keluar atau clear dari Imigrsen Manchester kerana que yang panjang. setelah selesai urusan kemasukan kami menempah teksi airport untuk ke Crumpsall. Dengan kos sebanyak £27.50 kami dibawa sampai ke rumah Awie.



Rumah Sewa.
Oleh kerana Pn. Anis telah membuat persiapan dengan host nya iaitu Pn. Ruzita (Zamali) di Hallworth St. yang berdekatan dengan rumah sewa kami sekarang beliau terus kesana. Dengan menyerahkan urusan perumahan kepada AJK Perumahan MCCH, penulis memohon pertimbangan diberikan kepada beberapa perkara seperti;



1. Rumah yang sempurna jika tidak selesa untuk lima orang anak kami
2. Berdekatans ekolah rendah dan menengah supaya boleh berjalan kaki sahaja kesekolah



Dengan sedikit eprbincangan AJK Perumahan Sdr, Md Yusof, Sdr Awi, Sdr Khalid (TP) Sdr Afif rumah di 38, Galsworthy Avenue yang direserve untuk penulis di tukar atas persetujuan Pn. Anis juga kepada rumah 207, Crsecent Rd. Ini kerana tuan rumah atau landlord adalah pemilik yang sama. jadi senang berurusan. Cuma saranan penulis AJK Perumahan perlu lebih peka untuk meninjau rumah dan tahap keselesaan minimun untuk rakan rakan yang baru dan kali pertama sampai di UK. Mereka memang tidak tahu apa apa melainkan menerima sedia adanya. jadi penulis memeang terharu dengan sikap Pn. Anis yang sanggup bertukar rumah atas pertimbangan penulis. Penulis faham dilema beliau. Maka tuhan sahaja yang mampu membalasnya.



Masuk Rumah malam pertama.
Setelah menyelesaikan perbincagan dengan Sdr. Tariq Hussain, Landlord, bayaran pendahulan satu bulan dan sewa bulan januari dilangsaikan sebanyak £900. Kami sempat juga melawat 38, galsworthy Avenue, kebetulan ada kes jenayah berhampiran kawasan itu. Memang suasana disitu ramai keluarga melayu. Pn. Anis bersetuju menetap disini berjiran dengan Sdr. Faizul Yan yang juga AJK Perumahan MCCH. Masalah perumah selesai. Awi menolong penulis ke kedai Pakistan di Cheetham Hill Road untuk membeli bberapa keperluan asas seperti paip Y getah air sejuk panas, cebuk air, kuali dan periuk kecil, makanan seperti beras, berger, gula dan lain lain. Walaupun penulis ada membawa sedikit bekalan seperti mee segera, ikan bilis kering, milo, teh dan lain lain keperluan bersama. Setelah mengangkat beg kami dengan dibantu bersama oleh Sdr Amree yang berkunjung kerumah Awie masa itu, kami ke rumah 207, Cresent Road. Malangnya central gas rosak. Boilernya tidak berfungsi, maka bergegas penulis dan Awie pergi kerumah kawan kawan yang lain mencari portable heater untuk dipinjamkan semalam dua. Keesokan harinya barulah landloard dengan plumbernya memperbaiki boiler itu dengan meter gauge yang baru. Jadi masalah heater selesai. Penulis memeriksa beberapa aspek fizikal rumah yang memang tidak siap sepenuhnya proses pembaikan atau renovation yang dibuat landlord. Tetapi kami terpaksa menerima seadanya juga. Kejukan yang melampau dan luar biasa teramat amat dirasai kerana malamnya kami berkumpul sebilik dan memasang heater portable dan blower. Namum ditambah dengan sarung kaki dan tangan, kami masih kesejukan. Tetapi kerana jetlag, kami telah terbangun dan membuat kebisingan biasa dengan anak anak jam 3 pagi kerana masing kelaparan. Kami makan berger dan nasi di pagi hari kedua di UK.

Tuesday, 30 December 2008

Dialog Kerohanian MCCH

Alhamdulillah kerana Dialog Kerohanian yang dijadualkan seperti dirancang perlaksaannya pada 29hb. Disember 2008 jam 6.00 sehingga 8.00 malam telah berlalu. Walaupun tetamu yang diundang oleh Biro Kerohanian MCCH 0809 iaitu Ust. Mohd Erfino Johari, Atase MSD UK, dari London tidak dapat memenuhi kehadirannya kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.


Penulis selaku tuan rumah dan penganjur dialog kerohanian memang AMAT MENYEDARI akan sambutan perogram begini kerana beberapa alasan :
  1. Ramai rakan rakan ahli MCCH masih bercuti hujung tahun.
  2. Terdapat juag ahli yang kembali bertugas jam 6-9 malam.
  3. Tetamu dan kunjungan rakan rakan daripada jauh yang menyebab kita sebagai host dan tuan rumah tidak wajib meninggalkan tamu sendirian.
  4. Mod program dialog ini lebih bersifat santai untuk bertukar pendapat sahaja, bukan khutbah ataupun kulaih ilmu.
  5. Mungkin hebahan tidak meluas dan efektif.
  6. Sebab sebab syarie yang lain.

Tetapi penganjur tidak merasa kecil hati atau putus asa atau harap kerana itu adalah kebiasaan dan realiti usaha usaha sebegini. Cuma bau bau jumlah kehadiran yang jika hendah hadir ramai nanti tidak selesa ruang rumah pengajur, jika tidak hadir langsung, persiapan serba sedikit telah dibuat. Jadi bau itu telah dihidu oleh Tetamu Undangan (Ust. Mohd Erfino) tidak menjadi hal dan masalah padanya jika program itu terpaksa ditangguh atau dibatalkan.
Maka atas alasan itu penganjur menunggu sehingga jam 6.30 untuk melihat sambutan warga MCCH. Memang seperti dijangkakan kehadiran yang ramai dengan anak anak kerana Majlis Kesyukuran Ulangtahun Anak penulis. Penulis cuba mengambil kesempatan diatas kehadiran rakan ahli MCCH ke program dialog kerohanian itu menjemput rakan terdekat yang mampu diisi ruang oleh rumah sewaan kita di UK. Setelah menghubugi Ust. Erfino, beliau amat memohon maaf kerana terdapat sedikit masalah di Birmingham. Jadi beliau tidak dapat hadir diwaktu yang dirancangkan.

Monday, 29 December 2008

Syukur dan Kesyukuran

Penzahiran kesyukuran
Sebentar tadi penulis baru selesai mengemas kembali venue tempat berlangsungkan Majlis Kesyukuran dan Dialog Kerohanian MCCH. Majlis Kesyukuran yang dirancangkan sempena sambutan ulangtahun anak anak penulis lebih terarah untuk memberi gambaran kepada anak kecil kita bahawa mungkin ada cara dan pilihan lain mengenai kaedah dan cara menyambut harijadi. Jika kebiasaanya masyarakat menyambut harijadi dengan acara kemuncak meniup semula lilin sebanyak bilangan umur kanak kanak yang diraikan itu. Penulis memilih untuk menghimpunkan rakan rakan sebaya anak penulis dan menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah SWT tentang kelemahan kita dan pengharapan melalui doa selamat yang diaminkan bersama.
Semalam penulis juga menerima pesanan daripada seseorang tetamu untuk menyediakan kek ulang tahun anaknya. Cadangannya setelah selesai dialog kerohanian itu maka hendaklah di makan bersama pot luck lain sebagai hidangan dan juga memperingati ulangtahun kelahirannya. Oleh kerana ianya dibatalkan setelah bebrapa faktor yang tidak dapat dielakkan maka ianya memberi rahmat lain kepada tetamu yang hadir.
'Birthday'
Majlis ulangtahun adalah sebahagian daripada didikan kita kepada anak anak kita untuk menunjukkan rasa bersyukur diatas anugerahnya ( amanah ANAK itu). Jika kita ditakdirkan berkahwin dan tidak dikurniakan anak untuk selama usia perkahwinan itu atau terlalu lambat (sehinga 10,15 tahun) maka sambutan kesyukuran itu amat amat sangat hendak dizahirkan dengan cara membuat kenduri atau menjamu hadirin. Tetapi penulis yang diamanahkan ALlah SWT dengan bilangan anak yang ramai ( lima orang) maka secara logiknya, tahap kesyukuran itu berkali ganda la daripada mereka yang beranak seorang, dua atau tiga. Ini kerana setiap anak mempunyai rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Cuma kedua orang tuannya perlu berusahalah.
Persepsi
Persepsi mereka yang mempunyai anak yang ramai sering ketidakcukupan duit dan kelapangan kewangan tidak selamanya benar. Andaian itu lebih kepada pengukuran kepada kebebasan dan kesenangan ibu bapa untuk bergerak pantas. Jika kita tidak mempunyai anak ramai atau anak kecil kita diandaikan akan menepati masa sesempurna habis, berbanding dengan mereka yang beranak ramai. banyak benda ang perlu disiapkan. Penulis faham dilema itu. Ini adalah dugaan dan amanah Allah untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan ibubapa. Jangan disalahkan takdir allah yang mengurniakan kita anak yang ramai dengan menjadikan ianya alasan untuk bermalasan dan mengambil kesempatan sahaja. Penulis mempunyai anak anak yang disifatkan tidak meminta minta sesuatu yang diluar kemampuan kewangan penulis. Sebab itu penulis amat bersyukur diatas anugerah Allah. Bagi mereka peluang mengiringi penulis belajar di UK dapat juga memberi peluang kepada mereka meluaskan peluang mereka belajar di UK bersama. Mereka dilihat amat berterima kasih atas peluang yang diberikan Allah. Penulis sedar dan tidak mengambil alasan untuk bersifat kemalasan apabila tidak berkemampuan membawa mereka melancong berjalan jalan melihat bumi Allah yang lain.
Aktiviti Ziarah
Musim cuti begini pecutian menjadi agenda utama anak anak yang bersekolah. Bagi penulis natijah kita daripada ziarah rehlah dan melawat tempat bersejarah yang lain adalah tarbiah dan pengajaran yang hadir bersama. Sepatutnya hasilnya akan menambah keimanan dan tahap keikhlasan amalan harian kita kerana kita berpeluang melihat 'ayat ayat Allah' secara zahir melalui pemerhatian kita semasa ziarah dan percutian itu. Tidak akan timbul perasaan yang tidak menyenangkan perasaan kawan dan sahabat kita apabila kita berbicara, tidak ada unsur unsur tonjolan diri mencari publisiti dikhalayak ramai dan lain lain sifat mahmudah. Memang sifat mahmudah itu sukar dimiliki, payah dijagai. Hanya mereka yang bertakwa melaui amaran khatib jumaat setiap minggu dapat mengawasinya. Lantaran kebaikan dan manfaat ziarah percutian yang baik untuk tarbiah anak anak, memang penulis merancang suatu hari nanti dan dikalapangan masa akan membawa anak anak yangramai melihat keindahan bumi ciptaan Allah SWT ini. Buat masa ini keutamaan dan prioriti yang perlu disusun secara tertiban itu mesti diikuti dahulu. Bukan kedekut atau tidak mempunyai kemampuan, cuma masa dan keutamaanya sahaja.

Sunset of the Day

Blog Archive