Mak,
- Diketika anak ketujuh mu menyambut ulangtahun kelahiran ke 40 sepatutnya di tujukan khas untuk ibu yang telah melahirkan kita. Tapi sudah suratan kita terpisah dalam dua alam yang berbeza. Alam dunia dan alam barzakh. Semoga doa anak anak yang soleh sahaja mampu menerangi kegelapan kubur.
- Menyambut ulang tahun sesungguhnya adalah manifestasi kepada konsep kesyukuran akan pengorbanan seseorang anak kepada penciptanya yang telah menjadikan ibu itu emak dan pengasuhnya yang membesarkannya. Itulah impian yang ingin dibinanya. mempunyai anak yang mampu melahirkan rasa syukur atas kurniaan dan nikmat ilahi.
- Konsep syukur adalah dengan menambah ketakwaan dan perhambaan kita. Bukan setakat melahirkan dengan kata kata sahaja. Doktrin yang mengatakan syukur melalui kata kata adalah kurang tepat untuk mengambarkan tuntutan syukur itu. Memang hamba yang bersyukur akan redha dengan nikmat yang sedia ada.
- Kita yang diberi peluang kekehidupan yang lebih panjang sepatutnya menzahirkan rasa syukur kepada ilahi dengan melihat perspektif dunia ini lebih luas daripada setakat globe atau bumi ini, ia mestilah mejangkau bukan setakat planet dan galaksi lain malah alam ruh, alam ghaib, alam akhirat yang kita imani. Setakat berkata kita perlu bersyukur dengan berfikiran global dan bersikap glocal tidak cukup untuk menambah value insaniah. Kita perlu relationship dan hubungan langsung dengan selalu berkomunikasi dengan Allah SWt.
- Melalui relationship dan hablumminallah sahaja kita akan redha dengan habbulumminannas (hubungan sesama manusia). Biarlah hanya beberapa orang yang menyenangi kita dari majoriti membenci kita. Mungkin pemikiran dan doktrin idealisme yang memisahkan kita dengan kehidupan dan hubungan keagaamaan ini sahaja yang payah untuk mengakui konsep hubungkait. Setiap hubungkait apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah tersunnah dalam hukum alam mengikut qadak dan qadar ilahi.
- Hubungkait dan relationship mestilah bersifat bersepadu dan mampan. Relationship yang dibina berdasarkan akidah dan ukhuwah akan lebih bermakna dan teruji dibandingkan dengan relationship yang bersifat bermukaan atau surface sahja.
- Kehidupan peribadi yang genap 40 mempunyai hubungkait dan relationship dengan konsep kenabiaan kita Muhammad s.a.w.Baginda berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua dengan baginda iaitu 40 tahun umur Saiditina Khadijah. Baginda beruzlah dan menerima wahyu pertama ketika berumur 40. Jika kita baru ketika diumur 40, masih belum nampak relationship kita dengan alam dan pencipta ini, maka akhlak dan tindakan serta sikap kita juga akan kabur tentang hakikat dan rahsia kehidupan kita. Janganlah kita bersifat global tetapi bertindak local tanpa menilai konsep sebenar landasan pemikiran kita itu. Bersifat global dengan budaya asing dan pemikiran asing serta gaya kehidupan asing untuk diterapkan dalam kehidupan kita yang sepatutnya di sini perlu dinilai semula. Memang apa yang baik dan islamik itu kita ambil. Apa yang berlawanan dengan hukum ilahi kita jauhi.
- 40 tahun mungkin tidak bererti dan bermakna jika baki daripada sisa sisa umur kita tidak dimanfaat untuk konsep ibadah kita. Bukan hanya setiap minggu kekuliah agama semata mata, tetapi akidah perjuangan, fikrah islamiah , wasilah perjuangan dan ruh ibadah perlu diseiringkan.
- Semoga angka 40 menjadi erti buat penulis... untuk membersihkan hati dan menjernihkan fikrah dan menguatkan ruh perjuangan serta memperbaiki ibadah.
0 comments:
Post a Comment