Friday, 24 April 2009

Ulang Tahun Arwah Mak....

  1. Pada 22.4.2009 lepas adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah ibu penulis. Jika arwah mak masih dipanjangkan umurnya maka dia akan berumur 80 tahun pada ketika ini.Namun takdir Ilahi menjemput dia lebih awal diketika usia 76 tahun sahaja. iaitu kira kira 4 tahun lepas.
  2. Begitulah, namun penulis tidak pernah melihat dikalangan ahli keluarga penulis dan adik beradik penulis mengingati dan merayakan sambutan ulangtahun sang ibu ini. Itu antara liku liku kehidupan seorang ibu tua yang tidak pernah merasakan dihargai secara zahir atau nyata walaupun doa dan hati meningatinya. KENAPA?
  3. Mungkin latarbelakang keluarga penulis yang tidak langsung terdedah dengan gaya hidup yang diibaratkan sebagai gaya hidup yang mewah, maka penulis merasakan bahawa yang sambutan itu adalah terlalu kecil maknanya, namun jaud disudut hati sang ibu ada perasaan kecil hatinya. Hanya keluhan dirasai oleh anak anak yang perihatin dan selalui diluahkan hari kepadanya.
  4. Emak, ketika hayatnya seingat penulis tidak pernah dibawa melancung keluar negeri kecuali menunaikan hajinya. Itu tidak boleh diistilah sebagai cuti melancung. Juga kalau boleh diibaratkan yang kita anak anak nya tidak pernah memikirkan hal dan perasaan itu.
  5. Alangkah sedihnya jika dizaman internet kini, anak anak kita dipercutikan oleh ibu bapa yang senang untuk berehat dan lari dari kesibukan alam duniawi ini. Jika anak anak ini tidak mampu melakukan sewajarnya apabila mereka besar nanti, alangkah sediahnya nya.
  6. Bagi anak anak yang masih mempunyai ibu, sambut setiap hari sebagai harijadinya!!!!!!!!!!!!!!

0 comments:

Sunset of the Day

Blog Archive