Di UK, nilai niai persahabatan bolehlah dikategorikan mengikut beberapa kriteria. Antaranya;
- Kenegerian. Istilah ini kurang popular kerana pasangan hidup kitapun berlainan negeri. Jadi faktor kenegerian tidak significant. Jika terdapat sentimen kenegerian semacam bahasa yang serupa mungkin menjadi faktor. Mungkin negeri Terengganu dan Kelantan masih memberi impak kepada faktor ini. Jawa kurang pasti sebab rasa tidak ramai.
- Perkauman. Terdapat sedikit sebanyak faktor perkauman, MCCH kebanyakannya Melayu. MSSM didominasi oleh kaum Cina. Kaum India tidak jelas penglibatannya.
- Univerisiti. Faktor universiti juga sedikit sebanyak mempengaruhi. Jika UUM akan berkumpul sesama UUM sahaja. UiTM jika ada pun hanya beberapa individu sahaja. USM dan UTM mungkin mempengaruhi. Jika UMP dan sewaktu dengan lain lain Kolej Universiti sedikit sebanyak ada juga.
- Aktiviti. Jika akitiviti Car Boot Sales mungkin boleh dibaca pengaruhi persahabatan itu. Manakala aktiviti Caravan dan Camping hampir pasti hanya sahabat dan kawan kawan sekepala yang akan membuat outing bersama. Manakala tour de Europe atau negara lain, pasti juga sahabat sejati akan menjadi pilihan.
- Fikrah dan persepsi politik juga mempengahrui. Jika kita berfikrah islam, aktiviti largha yang merugikan kita kita akan jauhi. Tetapi kita kita berfikrah liberal melayu islam maka aktiviti perpaduan dan persahabatan berkepentingan ini menjadi fokus kita juga. Jadi pemikiran seseorang di UK semasa menyiapkan PhD membantu persepsi dan imej diri. Pembawaan sebenarnya adalah akhlak seseorang.
2 comments:
Maka dengan itu, saudara penulis sendiri berada dalam kategori yang mana satu?
Penulis setakat ini memilih untuk tidak dipengaruhi oleh mana mana sentimen. Jika terdapat unsur unsur rasional dan liberalis dalam kehidupan yang tidak mengabaikan kedua dua alam fana' dan baqa' serta diserapi oleh faktor faktor keserasian dan keberadaan itulah dipilih. Jika bersahabat seperti sahabat zaman nabi itu idealis dizaman ini. Jika berkawan seperti Akhil Hayy atau Awie Wing pun tidak kemana juga. Jika berkawan seperti Mahathir-Musa atau Najib - Muhyiddin pun tidak berkekalan. Jadi iman dan pengetahuan tentang hakikat ilmu itu semesti didasari. Kategori adalah pemudah kita menganalisis sahaja. Jika untuk di daftarkan kita dikategori mana itu sedikit emosional. Maka jalan terbaik kembali kepada Siapa dan Kemana diri kita sebenarnya dihapan pencipta alam ini.
Post a Comment