Wednesday, 22 July 2009

Selamat Hari Lahir untuk Ibu Wakdan

  1. Pertamannya Mukhlisz, Mustakim, Fatimah, Khadijah dan melalui tulisan Muzzaffar ini, kami anak anak ibu mengucapkan "SELAMAT HAI LAHIR yang ke 37". Semoga ibu menjadi lebih berkualiti dari segi keimanan dan ketakwaan, keperibadian dan akhlak, keilmuwan dan pengetahuan, kesihatan dan keberkatan, kerajinan dan ketekunan dalam kehidupan berkeluarga.
  2. Ibu walaupun lulusan Sains Komputer ITM telah memilih bidang yang berbeza dengan kelayakan akademik untuk kehidupan ini. Semoga logik pengetahuan tetang komputer itu tidaklah berkubur sahaja. Banyak logik kehidupan perlu diselesaikan dengan matematik dan psikologin kemanusiaan jugak.
  3. Apa pun SELAMT HARI LAHIR. Dah tua dah ibu... semoga ibadat bertambah..

Monday, 20 July 2009

Nilai Kecantikan dan Ketinggian Persahabatan dalam Berkomuniti

Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah pula bersulam rasa kasih dan cinta kerana Allah swt. Persahabatan inilah menjalin tenaga dan menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan kerja kerja bermasyarakat atau komuniti dan kepercayaan berkomuniti dan berorganisasi.

Sendi utama persahabatan ini ialah matlamat [ghayah] dan pendekatan yang bersatu di atas prinsip amal Islami biarpun mungkin berbeza approach dalam melaksana atau merealisasikannya. Kumpulan dan Masyarakat menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh Islam

Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai komuniti kehilangan nilai persahabatan ini . Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak " perang dingin " sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan ahli komuniti atau anggota masyarakat. Justeru itulah , persahabatan menjadi pendekatan asas bagi suatu komuniti Islam di bumi mana pun ia berada. Pelbagai mekanisma dicipta untuk melahirkan erti persahabatan yang utuh dikalanganahli komuniti. Kuliah Ilmu,caravan , makan makan dan besday parti, dan usrah antara aktiviti tradisi yang diwarisi oleh masyarakat dalam sesuautu komuniti sejak berzaman untuk mengekalkan tahap persahabatan yang utuh demi mewujudkan komuniti yang perkasa .

Kita juga biasa dengan istilah dengar dan ketaataan dalam kepimpinan , perjanjian dan kontrak berorganisasi, kepercayaan, persahabatan, kepercayaan, sangka baik dan sebagainya dalam pelbagai medium pengisian dalaman ke arah pemantapan komitmen ahli dengan aktiviti berkumpulan. Segala istilah itu juga merupakan tradisi yang sivik lagi soleh yang kita warisi dari generasi sebelumnya guna mengukuhkan persahabatan antara anggota komuniti dan memastikan persahabatan yang kita dokong ini terus kuat dan gagah meredah cabaran serta menyerap tekanan .

Sebagaimana saya sebutkan tadi , saya juga percaya semua ahli memahami betapa persatuan dan komuniti masyarakat yang gersang dari nilai dan erti persahabatan yang dikehendaki oleh Islam ini akan mendorong berlakunya kepincangan dalam pelbagai organisasi komunti.

Antaranya :
1. Keputusan yang kedua akan dibuat atas keputusan pertama yang telah di binding oleh mesyuarat yang sah .

2. Wujudnya sub meeting . Mesyuarat dalam mesyuarat atau mesyuarat lepas mesyuarat malah lebih malang mesyuarat "kedua" atau mesyuarat di "luar" itu dibina atas dasar tidak puas hati dan tidak percaya kepada pimpinan dan sebahagian anggota mesyuarat yang lain .

3. Saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti . Lalu mewujudkan suasana suram dan resah dikalangan masyarakat. Salin tidak mempercayai .

4. Hilang kepercayaan atau pudar ketaatan kepada pucuk kepimpinan malah lebih parah apabila lahirnya kecenderungan untuk mentaati dan mempercayai pihak lain yang berada di orgnisasi.

5. Bocor rahsia dan menjatuhkan imej akan menjadi saraf yang digerakkan sesama sendiri demi survival karier politik peribadi kononnya demi kepentingan komuniti.

6. Pergeseran yang mudah mencederakan perasaan terhasil dari persaingan yang tidak sihat sesama sendiri .

8. Wujud team yang saling bertembung antara satu sama lain dan kemudiannya berlaku perselisihan yang tidak wajar sesama anggota komuniti.

9. Berlepas harap dan tidak memberi komitmen yang baik terhadap aktiviti yang diamanahkan malah mudah merajuk serta kecewa kerana tidak berpuas hati dalam pembahagian tanggungjawab kepada anggota . Ianya adalah kesan dari rasa cemburu antara satu sama lain .

10. Mementingkan diri sendiri dan tidak peduli apa yang dialami oleh anggota yang lain biar pun ia satu keperluan yang mendesak . Terkadang jelas dapat dilihat sorotan matanya seperti memandang musuh kepada saudara sekomuniti apa lagi kenyataan lisan terkadang berbau nista sesama sendiri . Jelasnya mudah berlaku perselisihan faham .
Disesuaikan daripada Blog Kawan Lama Penulis.

Sunset of the Day

Blog Archive