Azzahramirza

Wednesday, 22 July 2009

Selamat Hari Lahir untuk Ibu Wakdan

  1. Pertamannya Mukhlisz, Mustakim, Fatimah, Khadijah dan melalui tulisan Muzzaffar ini, kami anak anak ibu mengucapkan "SELAMAT HAI LAHIR yang ke 37". Semoga ibu menjadi lebih berkualiti dari segi keimanan dan ketakwaan, keperibadian dan akhlak, keilmuwan dan pengetahuan, kesihatan dan keberkatan, kerajinan dan ketekunan dalam kehidupan berkeluarga.
  2. Ibu walaupun lulusan Sains Komputer ITM telah memilih bidang yang berbeza dengan kelayakan akademik untuk kehidupan ini. Semoga logik pengetahuan tetang komputer itu tidaklah berkubur sahaja. Banyak logik kehidupan perlu diselesaikan dengan matematik dan psikologin kemanusiaan jugak.
  3. Apa pun SELAMT HARI LAHIR. Dah tua dah ibu... semoga ibadat bertambah..

Monday, 20 July 2009

Nilai Kecantikan dan Ketinggian Persahabatan dalam Berkomuniti

Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah pula bersulam rasa kasih dan cinta kerana Allah swt. Persahabatan inilah menjalin tenaga dan menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan kerja kerja bermasyarakat atau komuniti dan kepercayaan berkomuniti dan berorganisasi.

Sendi utama persahabatan ini ialah matlamat [ghayah] dan pendekatan yang bersatu di atas prinsip amal Islami biarpun mungkin berbeza approach dalam melaksana atau merealisasikannya. Kumpulan dan Masyarakat menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh Islam

Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai komuniti kehilangan nilai persahabatan ini . Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak " perang dingin " sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan ahli komuniti atau anggota masyarakat. Justeru itulah , persahabatan menjadi pendekatan asas bagi suatu komuniti Islam di bumi mana pun ia berada. Pelbagai mekanisma dicipta untuk melahirkan erti persahabatan yang utuh dikalanganahli komuniti. Kuliah Ilmu,caravan , makan makan dan besday parti, dan usrah antara aktiviti tradisi yang diwarisi oleh masyarakat dalam sesuautu komuniti sejak berzaman untuk mengekalkan tahap persahabatan yang utuh demi mewujudkan komuniti yang perkasa .

Kita juga biasa dengan istilah dengar dan ketaataan dalam kepimpinan , perjanjian dan kontrak berorganisasi, kepercayaan, persahabatan, kepercayaan, sangka baik dan sebagainya dalam pelbagai medium pengisian dalaman ke arah pemantapan komitmen ahli dengan aktiviti berkumpulan. Segala istilah itu juga merupakan tradisi yang sivik lagi soleh yang kita warisi dari generasi sebelumnya guna mengukuhkan persahabatan antara anggota komuniti dan memastikan persahabatan yang kita dokong ini terus kuat dan gagah meredah cabaran serta menyerap tekanan .

Sebagaimana saya sebutkan tadi , saya juga percaya semua ahli memahami betapa persatuan dan komuniti masyarakat yang gersang dari nilai dan erti persahabatan yang dikehendaki oleh Islam ini akan mendorong berlakunya kepincangan dalam pelbagai organisasi komunti.

Antaranya :
1. Keputusan yang kedua akan dibuat atas keputusan pertama yang telah di binding oleh mesyuarat yang sah .

2. Wujudnya sub meeting . Mesyuarat dalam mesyuarat atau mesyuarat lepas mesyuarat malah lebih malang mesyuarat "kedua" atau mesyuarat di "luar" itu dibina atas dasar tidak puas hati dan tidak percaya kepada pimpinan dan sebahagian anggota mesyuarat yang lain .

3. Saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti . Lalu mewujudkan suasana suram dan resah dikalangan masyarakat. Salin tidak mempercayai .

4. Hilang kepercayaan atau pudar ketaatan kepada pucuk kepimpinan malah lebih parah apabila lahirnya kecenderungan untuk mentaati dan mempercayai pihak lain yang berada di orgnisasi.

5. Bocor rahsia dan menjatuhkan imej akan menjadi saraf yang digerakkan sesama sendiri demi survival karier politik peribadi kononnya demi kepentingan komuniti.

6. Pergeseran yang mudah mencederakan perasaan terhasil dari persaingan yang tidak sihat sesama sendiri .

8. Wujud team yang saling bertembung antara satu sama lain dan kemudiannya berlaku perselisihan yang tidak wajar sesama anggota komuniti.

9. Berlepas harap dan tidak memberi komitmen yang baik terhadap aktiviti yang diamanahkan malah mudah merajuk serta kecewa kerana tidak berpuas hati dalam pembahagian tanggungjawab kepada anggota . Ianya adalah kesan dari rasa cemburu antara satu sama lain .

10. Mementingkan diri sendiri dan tidak peduli apa yang dialami oleh anggota yang lain biar pun ia satu keperluan yang mendesak . Terkadang jelas dapat dilihat sorotan matanya seperti memandang musuh kepada saudara sekomuniti apa lagi kenyataan lisan terkadang berbau nista sesama sendiri . Jelasnya mudah berlaku perselisihan faham .
Disesuaikan daripada Blog Kawan Lama Penulis.

Friday, 17 July 2009

Jawapan kepada kategori kita

Penulis setakat ini memilih untuk tidak dipengaruhi oleh mana mana sentimen. Jika terdapat unsur unsur rasional dan liberalis dalam kehidupan yang tidak mengabaikan kedua dua alam fana' dan baqa' serta diserapi oleh faktor faktor keserasian dan keberadaan itulah dipilih. Jika bersahabat seperti sahabat zaman nabi itu idealis dizaman ini. Jika berkawan seperti Akhil Hayy atau Awie Wing pun tidak kemana juga. Jika berkawan seperti Mahathir-Musa atau Najib - Muhyiddin pun tidak berkekalan. Jadi iman dan pengetahuan tentang hakikat ilmu itu semesti didasari. Kategori adalah pemudah kita menganalisis sahaja. Jika untuk di daftarkan kita dikategori mana itu sedikit emosional. Maka jalan terbaik kembali kepada Siapa dan Kemana diri kita sebenarnya dihapan pencipta alam ini.

Thursday, 16 July 2009

Nilai Persahabatan dan Kawan di UK

Di UK, nilai niai persahabatan bolehlah dikategorikan mengikut beberapa kriteria. Antaranya;

  1. Kenegerian. Istilah ini kurang popular kerana pasangan hidup kitapun berlainan negeri. Jadi faktor kenegerian tidak significant. Jika terdapat sentimen kenegerian semacam bahasa yang serupa mungkin menjadi faktor. Mungkin negeri Terengganu dan Kelantan masih memberi impak kepada faktor ini. Jawa kurang pasti sebab rasa tidak ramai.
  2. Perkauman. Terdapat sedikit sebanyak faktor perkauman, MCCH kebanyakannya Melayu. MSSM didominasi oleh kaum Cina. Kaum India tidak jelas penglibatannya.
  3. Univerisiti. Faktor universiti juga sedikit sebanyak mempengaruhi. Jika UUM akan berkumpul sesama UUM sahaja. UiTM jika ada pun hanya beberapa individu sahaja. USM dan UTM mungkin mempengaruhi. Jika UMP dan sewaktu dengan lain lain Kolej Universiti sedikit sebanyak ada juga.
  4. Aktiviti. Jika akitiviti Car Boot Sales mungkin boleh dibaca pengaruhi persahabatan itu. Manakala aktiviti Caravan dan Camping hampir pasti hanya sahabat dan kawan kawan sekepala yang akan membuat outing bersama. Manakala tour de Europe atau negara lain, pasti juga sahabat sejati akan menjadi pilihan.
  5. Fikrah dan persepsi politik juga mempengahrui. Jika kita berfikrah islam, aktiviti largha yang merugikan kita kita akan jauhi. Tetapi kita kita berfikrah liberal melayu islam maka aktiviti perpaduan dan persahabatan berkepentingan ini menjadi fokus kita juga. Jadi pemikiran seseorang di UK semasa menyiapkan PhD membantu persepsi dan imej diri. Pembawaan sebenarnya adalah akhlak seseorang.

Tuesday, 14 July 2009

PhD

  1. Sehingga July 09, tiada Malaysian BuHu researchers sit for Interim Assesment. Walapun setelah 18 bulan berlalu, namun pihak supervisor and pentadbiran university seperti tidak mendesak sesangat. Walaupun desakan untuk menghantar report dibuat sesejak 12 bulan lagi. Apabila event university yang padat dimana kebanyakan professor outing dan bercuti 2,3 bulan maka assesment pun ditangguhkan.
  2. Sebagai mentimun yang tersedia untuk kulit durian, maka timun perlu bersedia untuk dimakan bersama tempoyak apabila durian dikopek untuk dihidangkan dengan cili pedas. Cili pedas akan menuetralkan kemanisan lemak durian itu. Dan timun dengan sesedapnya pula mencolek sambal itu.
  3. Hari hari berlalu bagaikan tersekak di tengah anak tekak apabila tulang Interim itu belum terlepas.
  4. Berdoa dan bersabar sahaja!

Monday, 13 July 2009

Kak Nab

  1. Kak Nab merupakan salah seorang kakak penulis. Sejak kematian suaminya tahun lepas, dia sendirian dan pulang ke kampung untuk menetap disebelah rumah lama arwah mak. Kami adik beradik lelaki berkongsi menyempurnakan budget menyiapkan rumahnya. Dia kini dikhabarkan kurang sihat setelah dimasukkan wad kerana sakit jantung. Semoga dia menjaga kesihatan.
  2. Minggu lepas menulis menghubunginya dan dia berharap agar dapat berjumpa lagi jika ada umur dan rezeki. Dia menyampaikan berita yang Abang Hozir iaitu suami Kak Jah meninggal dunia kerana kencing manis.
  3. Kini, masing masing seperti dimamah usia, sorang sorang pergi meninggalkan dunia ini. Nampak hukum ilahi ini seperti begitu konsisten sekali. Semoga kita diberikan taufik dan hidayah.

Saturday, 11 July 2009

Kelibat mingguan terurus

  1. Kehidupan kadang kala memenatkan bila kesibukan. Tapi menyeronokkan ikhlas melayarinya.
  2. Kadang kala hati mudah berbalik balik. Iman diwaktu pagi kadang lebih kuatberbanding petang hari. Jadi iman waktu pagi kena dijagai jangan dicemari yang membuatkan permulaan hidup pagi itu berseri.
  3. Solat Subuh di musim summer begini mengikut jadual Islamic Finder jam 2.39 pagi. Gaya nak tidur dah subuh bila bangung dah terang menderang.
  4. Masa semakin pantas berlalu, baru semalam minggu lepas rasanya, minggu depan dah nak menjelma. Kerja masih ditakuk lama, iman masih lemah, kewangan belum mantap, kesihatan makin berkurangan dimusim panas.
  5. Percutian musim panas, anak anak kena didisplin dengan masa
  6. Pengalaman berguna hidup dirantau orang kena dimanfaat

There was an error in this gadget